Bahagian 4
17 CIRI BERPASUKAN
Pasukan yang hebat tidak dapat di bina tanpa ahli pasukan yang hebat. Itu adalah fakta. Pasukan boleh gagal dengan ahli yang baik tetapi pasukan tidak boleh berjaya tanpa mereka. Jadi, bagaimana untuk mendapatkan ahli pasukan yang hebat? Atau, bagaimana anda boleh menjadi ahli pasukan yang hebat?
Membina sebuah pasukan yang baik dan berkerjasama bermula dengan anda. Untuk membina pasukan, anda perlu memperbaikki diri anda dahulu. Meningkatkan kemampuan berpasukan akan menambah nilai kepada pasukan anda.
Semua orang boleh memilih untuk menjadi ahli pasukan yang baik atau tidak. Anda hanya perlu menjiwai kualiti ciri-ciri berpasukan. Buat sedemikian dan bantu rakan sepasukan untuk membuat yang sama, pasukan anda akan menjadi satu pasukan yang baik dan berkesan.
CIRI 1
Keserasian
1. Jika Anda Tidak Berubah Demi Pasukan, Pasukan Akan Mengubah Anda.
2. Gerak Kerja Berpasukan Dan Kekerasan Keperibadian Diri Sama Sekali Tidak Bercampur.
Sekiranya anda ingin untuk menjadi seorang ahli pasukan yang berkesan, anda seharusnya mampu untuk menyesuaikan diri anda dengan pasukan.
Ahli pasukan yang serasi diantara satu sama lain ……
a. boleh belajar dari ahli yang lain
b. mempunyai emosi yang stabil
c. adalah kreatif, dan
d. mengutamakan perkhidmatan.
Untuk boleh menyesuaikan diri dengan ahli pasukan yang lain, anda ………
i. hendaklah sentiasa belajar
ii. harus menilai semula peranan, dan
iii. hapuskan fikiran negatif terhadap pasukan.
Sekiranya anda sentiasa mampu untuk berubah demi pasukan, anda akan sentiasa mendapat peluang untuk berjaya.
CIRI 2
Kerjasama
1. Segala Kekuatan Anda Adalah Satu Kesepaduan, Segala Kelemahan Anda Adalah Perpecahan.
Kerja yang berat memerlukan kerjasama yang baik dan ciri kualiti yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja yang berat adalah kerjasama. Kerjasama di sini bermaksud bukan sahaja bekerja dengan persetujuan semua ahli pasukan tetapi juga bekerja sama dengan agresif. Bekerja sama dengan agresif memerlukan anda supaya memfokus kepada 4 perkara.
a. Persepsi : Lihat ahli pasukan yang lain sebagai ahli yang ingin bekerjasama dan bukan pesaing.
b. Sikap : Bantu ahli pasukan yang lain.
c. Fokus : Tumpukan kepada pasukan dan bukan diri sendiri.
d. Keputusan : Bina kejayaan dengan menyerlahkan keupayaan ahli pasukan.
Untuk menjadi ahli pasukan yang agresif, anda ………
• Fikirkan menang-menang
• Komplemen ahli pasukan yang lain, dan
• Fikirkan bagaimana untuk pasukan anda berjaya.
CIRI 3
Komitmen
1. Lebih Kuat Anda Bekerja, Lebih Sukarlah Untuk Menyerah Kalah.
2. Tiada Sesiapa Yang Melakukan Yang Terbaik Akan Menyesali Usahanya.
Kebanyakan orang mengatakan komitmen itu datangnya dari perasaan mereka. Jika mereka rasa kerja yang mereka buat adalah betul mereka akan berasa komited. Tetapi komitmen tidak bekerja begitu. Komitmen bukan tentang perasaan tetapi adalah berasaskan kualiti ciri komitmen itu sendiri. Perasaan ada turun naik tetapi komitmen tetap harus utuh.
Komitmen dan keupayaan tidak saling bergantung melainkan dikaitkan bersama. Komitmen adalah daya usaha dan melakukan yang terbaik. Komitmen tidak bersyarat. Ia adalah pilihan anda untuk menjadi komited.
CIRI 4
Komunikasi
1. Pasukan Adalah Suara Ramai Yang Bersatu Hati.
2. Kebanyakan Masalah Komunikasi Boleh Diselesaikan Dengan Keakraban.
3. Komunikasi Terbuka Memupuk Kepercayaan dan keyakinan.
Pasukan tidak boleh terbina tanpa komunikasi. Pasukan yang efektif mempunyai ahli yang komunikatif. Ahli yang komunikatif ………
a. tidak mengasingkan diri mereka dari yang lain
b. memberi ruang yang selesa untuk ahli pasukan yang lain berkomunikasi dengan mereka
c. memberi tumpuan kepada komunikasi yang mempunyai potensi untuk bermasalah, dan
d. menyusul komunikasi penting dengan nota.
Untuk memperbaikki komunikasi anda …….
• Komunikasi harus telus, terang dan jelas
• Komunikasi harus cepat dan menyeluruh
CIRI 5
Kompitansi
1. Jika Anda Tidak Mahu, Pasukan Sudan Tentu Tidak Boleh.
2. Manusia Lupa Akan Kepantasan Anda Melakukan Tugas – Tetapi Mereka Ingat Kesempurnaan Yang Anda Lakukan.
Kompeten di dalam erti kata berpasukan bermaksud “mempunyai kelayakan, sesuai dan bermotivasi”. Orang yang kompiten mempunyai beberapa ciri kualiti yang sama, …….
a. mereka komited untuk berjaya
b. mereka tidak akan menerima kesederhanaan
c. mereka memberi perhatian kepada kesempurnaan, dan
d. mereka bekerja dengan konsisten.
Untuk memperbaikki kompitensi anda, anda ………
• harus memikirkan untuk bekerja secara professional
• harus beri tumpuan yang lebih terhadap implementasi, dan
• harus bekerja sebaik mungkin walau pun kerja yang dihadapi adalah kerja yang kecil.
CIRI 6
Kebergantungan
1. Jangan Takut Pada Mereka Yang Membangkang, Takutilah Pada Mereka Yang Mengelakkan Diri.
2. Pada Analisa Terakhir, Satu Kualiti Yang Ada Pada Semua Orang Yang Berjaya….Ialah Kebolehan Untuk Memikul Tanggung Jawab.
3. Adalah Tidak Cukup Apabila Anda Melakukan Yang Terbaik; Kadangkala Kita Mesti Melakukan Apa Yang Diperlukan.
Kebergantungan penting didalam memastikan kejayaan sesebuah pasukan. Anda akan tahu apabila ahli pasukan anda perlu pertolongan dari ahli yang lain.
Inti kebergantungan adalah ………
a. Motif. Niat yang baik di kalangan ahli pasukan akan menjayakan tugasan dengan jayanya.
b. Tanggungjawab. Kebergantungan dikalangan ahli pasukan akan di tunjukkan oleh tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
c. Pemikiran yang matang.
d. Sumbangan tenaga dan buah fikiran yang konsisten.
Untuk memperbaikki kebergantungan, anda ……
• Periksa motif anda
• Nilaikan, adakah anda kotakan kata-kata anda
• Pastikan seseorang dari ahli pasukan anda menegur anda sekiranya anda tidak komited terhadap tugasan dan komitmen anda.
CIRI 7
Berdisiplin
1. Disiplin Adalah Melakukan Apa Yang Tidak Mahu Anda Lakukan Supaya Anda Boleh MelAkukan Apa Yang Benar-Benar Ingin Anda Lakukan.
2. Disiplin Bermakna Melakukan Perkara Yang Betul Pada Masa Yang Betul Untuk Sebab Yang Betul.
Pasukan akan berjaya sekiranya, ahli pasukan mempunyai ………
a. Pemikiran yang berdisiplin. Anda akan maju dalam kehidupan jika anda bijak menggunakan akal fikiran. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang genius, anda hanya perlu menggunakan akal yang diberikan Tuhan.
b. Emosi yang berdisiplin. Anda tidak boleh membiarkan perasaan anda menghalang dari membuat perkara yang sepatutnya anda buat atau sebaliknya.
c. Tindakan yang berdisiplin.
Untuk menjadi ahli pasukan yang berdisiplin, anda …….
• Mesti memperkukuhkan tabiat positif kerja-kerja anda
• Seharusnya mengambil tugasan yang mencabar.
• Jinakkan lidah anda dari memperkatakan yang tidak sepatut diperkatakan.
No comments:
Post a Comment