Tuesday, April 22, 2008

contoh nota kecerdasan emosi

7

KECERDASAN EMOSI DAN PENYELESAIAN MASALAH

Antara cabaran kehidupan manusia hari ini ialah menghadapi tekanan akibat dari masalah yang timbul dirumah, tempat kerja, tempat bersosial, tempat umum dan sebagainya. Tiada siapa yang boleh menafikan kewujudan tekanan dan masalah dalam kehidupan mereka.

Bagi mewujudkan kehidupan yang selesa dan tenang, tekanan dan masalah yang timbul perlu diuruskan. Masalah yang diurus dengan baik menghilangkan tekanan dan ini memberi kesan yang aik kepada kesihatan kita. Apabila badan sihat, ini adalah gambaran pemikiran yang cerdas dan emosi yang tenang. Setiap insan yang mempunyai emosi yang tenang tidak akan menjadi cepat marah, dengki, sedih, iri hati dan sebagainya. Mereka sentiasa bersemangat, penyabar, suka bekerjasama dan seumpamanya. Ini adalah gambaran kecerdasan emosi yang tinggi. Dengan erti kata lain, mereka yang mengurus tekanan dan masalah mereka dengan baik dapat meningkatkan kecerdasan emosi mereka.

Stiap masalah itu datangnya dari diri sendiri mahu pun dari orang disekeliling kita. Apa yang penting ialah supaya masalah itu tidak menjadi beban dan tidak merebak menjadi satu tekanan kepada kita dan akhirnya menjadi satu konflik dalaman atau luaran . Apabila kita tenang dan boleh berfikir, masalah yang timbul dapat diselesaikan. Mengaplikasikan enam domain kecerdasan emosi akan membantu anda menyelesaikan masalah yang timbul.

Masalah

Setiap masalah yang timbul adalah disebabkan oleh tujuan asalnya. Sekiranya kita tidak dapat mencapai tujuan asal sesuatu perkara yang kita lakukan masalah akan timbul. Contohnya, anda menginginkan wang dan apabila anda mempunyai sedikit wang, anda mempunyai masalah. Tetapi jika anda tidak mahu akan wang dan anda mempunyai sedikit wang anda tidak mempunyai masalah.

Masalah adalah satu proses berfikir untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak memuaskan hati kita. Untuk setiap masalah yang timbul anda harus melalui 4 fasa penyelesaian masalah untuk menyelesaikan maslah yang anda hadapi.

4 fasa penyelesaian masalah itu adalah;

1. Mengenalpasti dan menentukan jenis masalah tersebut.
2. Mencari jalan penyelesaian yang mungkin betul.
3. Memilih jalan penyelesaian yang terbaik.
4. Melaksanakan penyelesaian tersebut.

Mengenalpasti dan menentukan jenis masalah.
Sememangnya, sebelum apa-apa tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah, anda harus terlebih dahulu mengetahui dan mengenalpasti bahawa ada masalah. Dan masalah itu ditentukan sebagai jenis masalah yang anda pasti betul. Terdapat dua jenis masalah yang dikategorikan sebagai masalah tertutup dan masalah terbuka.

Mencari jalan penyelesaian yang mungkin betul.
Sekiranya masalah itu tertutup maka jalan penyelesaian masalah itu hanya akan tertumpu kepada cara yang terhad. Tetapi jika masalah itu terbuka, maka anda akan menghadapi jalan penyelesaian yang agak rumit dan tidak terhad caranya. Ini melibatkan anda untuk membuat peta minda masalah supaya anda akan dapat melihat dari sudut yang luas punca, penglibatan dan banyaknya cara penyelesaian.

Memilih jalan penyelesaian yang terbaik.
Disini, anda menilai dan memilih jalan penyelesaian yang terbaik untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada perbandingan hasil atau keputusan yang mungkin didapati apabila menggunakan cara cara yang telah difikirkan.

Melaksanakan penyelesaian tersebut.
Ini melibatkan merancang dan bersedia untuk melaksanakan jalan penyelesaian, mengambil tindakan yang bersesuaian dan mengwalselia kesannya dan menilai semula keberkesanan cara penyelesaian yang dilaksakan.

Fasa-fasa yang diatas sangat fleksibel kerana ia boleh diadaptasikan kepada semua jenis masalah, yang tertutup atau pun yang terbuka.

Konflik

Konflik ialah satu tidak persetujuan atau tidak persefahaman pendapat diantara dua pihak atau lebih yang mereka lihat sebagai mengganggu kebahagiaan, keperluan dan kebaikkan yang mereka akan perolehi sekiranya keputusan ramai memihak kepada mereka.

Konflik itu normal dan ia akan berlaku dari dalam diri sendiri atau pun dari orang disekeliling anda. Kunci untuk menyelesaikan konflik ialah untuk tidak menghadapi mana-mana konflik dengan mengantisipasi masalah atau konflik yang akan berlaku.

Sekiranya konflik yang sering memberi tekanan kepada anda berlaku di tempat kerja, fikirkan tentang;

• Apakah yang mungkin menjadi punca masalah di tempat kerja anda?
• Bilakah masalah ini akan berlaku?
• Bagaimana rakan ditempat kerja atau pun pekerja anda respon terhadap masalah ini?
• Apabila konflik dapat diselesaikan, adakah ianya untuk masalah itu sahaja atau pun perubahan harus dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut dari berlaku lagi dimasa hadapan?

Sekiranya konflik tetap berlaku, isyarat konflik telah berlaku ialah;

• Rakan kerja atau ahli pasukan memberi komen dan teguran atau luahan hati dengan penuh emosi.
• Rakan kerja saling tuduh menuduh bahawa mereka tidak bertanggung jawab keatas konflik yang timbul.
• Tiada kompromi dikalangan rakan kerja atau ahli-ahli pasukan.
• Anda merasakan bebanan dan tertekan oleh masalah yang timbul.

Enam Langkah Menyelesaikan Konflik

1. Mengakui bahawa adanya konflik.
2. Mengenalpasti konflik yang sebenarnya.
3. Mendengar semua sudut pandang.
4. Bersama mengkaji cara untuk menyelesaiakan konflik.
5. Mendapatkan kesepakatan dan tanggungjawab untuk menemukan penyelesaian.
6. Membuat jadual untuk sesi tindakan lanjut untuk mengkaji resolusi.

Rumusan
Pendekatan paling produktif untuk menghadapi masalah dan konflik ialah berpatah balik kepada sifat sabar kita. Menjadi seorang yang sabar adalah kunci meningkatkan kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi pula adalah kunci untuk kejayaan kita.

Rujukan
Richard, Y.C, 1999, Sukses Melalui Kerjasam Tim
Riawan, A., 2004, The Celestial Management

No comments:

If you are looking for other types of training, check out the training-classes.com directory of computer career training